My Darling Along

Bismillahirrahmanirrahim.

Cengeng. I am that. Berhati tisu, selembut tisu Kleenex.

sharing our bittersweet childhood together, 1996 (maybe)


Jadi, si abang seorang sudah selamat menjadi suami kepada isterinya, Kak A, alhamdulillah.

Terasa baru semalam dibuli oleh si abang. Abang seorang itulah yang selalu temankan adiknya berehat bersama-sama ketika masih berhingus dulu. Si abang seorang yang memang Allah dah beri sifat keabangan kepadanya, tak mahu adik-adik susah lalu dia pun memilih untuk hidup sederhana saja. Tak pernah meminta-minta hingga ibu ayah terasa susah dengan dia. Dialah abang saya, abang saya yang seorang.


Eid 2012
His graduation day, 2011

























His way of saying goodbye at KLIA before my departure to Manchester, September 2015

Tapi hari ni, dia bukan sekadar seorang abang. Abang seorang sudah punya tanggungjawabnya, yang ingin dibawa bersama ke dalam syurga. Kerana kasihnya kepada Kak A pasti ingin dibawa hingga ke sana juga. Kerana sayangnya dia kepada Kak A, ingin bersama dia bawa Kak A ke dalam keluarga sederhana kami. Supaya kami dapat menumpang kasih seorang kakak sulung, yang juga menggalas amanah sebagai isteri abang saya.

Ibu and ayah welcoming their new daughter, Kak A - 28 Jan 2017

Selamat datang ke dalam keluarga, Kak A. Selamat melayari bahtera keluarga bersama along ya. Semoga along jadi nakhoda berjaya, tidak hanya di dunia tapi juga di sana.


Yang tak pernah berhenti menyayangi,
Angah <3
Manchester, UK.

Comments