13:28

Utusan daripada seorang kakak, sepertinya tahu bahawa si adik sedang perlukan ayat-ayat cinta Angin itu membawa khabar bahawa dia sedang dalam sedih. Luluh hati siang dan malam, tak mahu bercerita. Biarlah dipendam terus dalam dasar yang paling dalam. Biar tak terkenang lagi luka yang lama. Namun angin itu sepertinya tahu bahawa seperti ada yang tidak kena. Tapi ada sahaja yang dapat membaca. Dan dia sedar yang setiap kesusahan yang ditimpakan bertitik pada sesuatu yang dirinya memang tidak betah untuk terima. Lalu kesedihan bertimpa-timpa, merasakan titik kelemahannya itu memang disandarkan pada sesuatu yang lemah. Mengharapkan bahagia berada dalam ingatan manusia. Mengharapkan kehangatan dalam dingin yang sebenarnya. Mengharapkan nafas hidup daripada yang nanti akan mati juga. Padahal dia tahu, hatinya tidak wajar dibiar terpasak pada yang tidak sempurna. Padahal dia tahu, saudara yang di tanah sana lebih gagah menempuh ranjau dunia. Padahal dia tahu, kesedihan pic...